siang dan malam
bergilir
datang dan pergi
24 jam diberi waktu
tapi
mengapa susah mencari lapang
letih perih
rintih payah
menongkah arus kehidupan
yang tak pernah mengisyaratkan pulang
kita lupa
waktu
meninggalkan jejak-jejak
tanpa sedar
kita ditipu
dalam kepayahan
menangkap lapang
datang ke ruang dada
lapang
datanglah
carilah
di ceruk-ceruk kesibukan.
Armiza Nila
Semariang Batu
18 Oktober 2010
Monday, 18 October 2010
Sunday, 17 October 2010
Syukur
Kupanjatkan syukur
atas anugerahNya
kerana memperkenankan doa
seorang ibu
tak putus-putus
siang dan malam
untuk kejayaan anakanda.
atas anugerahNya
kerana memperkenankan doa
seorang ibu
tak putus-putus
siang dan malam
untuk kejayaan anakanda.
Subscribe to:
Posts (Atom)