Saturday 15 May 2010

Puisi : Guru

Puisi : Guru, sekecil mana pun tugasmu

Guru

Sekecil mana pun tugasmu

waima sekadar mengajar di surau

atau di pondok

atau pesantren

atau di rumah

kau tetap bergelar guru

Tak pernah kau lelah

mengajar

mendidik

membimbing

anak bangsa

tanpa mengira usia

Tugasmu

tak semudah namamu

guru

kau digelar

Cikgu – Ustaz – Ustazah

walau kekadang kau tak punya tauliah

kau curah ilmu yang ada

tanpa pernah fikirkan imbuhan

biar itu kerja Tuhan

Guru

kau sentiasa belajar

dengan guru lain

waima seorang ustaz dari seberang

kita tak pernah pilih bulu

asalkan ilmu yang disampaikan

sesuai dengan As-Sunnah Wal-Jama’ah

Ilmu Al-Quran itu

bukan sembarangan ilmu

yang harus dikaji

digali

dihafali

dipraktiskan

lalu disampaikan

Orang yang mahu belajar adalah orang hidup

Orang yang tidak mahu belajar umpama orang mati

Tanpa mengira usia

selalu guru berpesan

belajarlah hingga hembusan nafas terakhir

Guru

kau mengajar

kau belajar

kau mendidik

kau terdidik

mengongsi ilmu di dada

Agar tak hilang ia.

Armiza Nila

Kuching

16 Mei 2010