Thursday 14 January 2010

Mahabbah Cinta

terbit di facebook pada 06hb Januari 2010 pukul 9.41 pagi


Aku hanyut dalam
Mahabbah
Cinta pada ciptaanNya
sejuk nurani tatkala
deria dengar
ditusuk ayat-ayat
mukjzat Muhammad s.a.w
benar-benar sukma
dipanah mahabbah
cinta yang takkan padam.

Mahabbah
yang diam yang qiam
dalam darah
dalam daging
dalam hati
bisa hancur
segala dendam kesumat
tunduk patuh
segala angkuh
tersembam sombong
tersungkur hasad dengki
sirna irihati
kembali runduk
ruh
menyuci sekujur jasad.

Armiza Nila
Jalan Sultan Tengah
06 Januari 2010
Dikemaskini sekitar satu minggu lalu ·
Ismaily Bungsu
Ismaily Bungsu
bagu puisi dn fotonya. tahniah.
pada 06hb Januari pukul 9.46 pagi ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
terima kasih bang..saya banyak belajar dari penyajak dari Sabah...hehehe... ternyata di sana aura dan idea untuk berpuisi lebih menyengat dari Sarawak...saya bersyukur diam di negeri yang tahap keselamatannya masih ok dan dijaga pihak keselamatan seperti polis mahupun tentera...
pada 06hb Januari pukul 9.58 pagi ·
Hasyuda Abadi
Hasyuda Abadi
nur sentiasa bersamamu
memelihara tamsil pandang
di ujana kalbu yang sentiasa juga
menemukan indah nafs-mutmainnah
turun memahkotai damai... Paparan Lanjut
mengiring perisai iman
dalam khusyuk yakin
suburmu yang mengabadi lebur
memanjatkan rasa syukur
yang tak pernah siap
menyatakan harap.

['Nur' dalam Sinar Sirna, 2006]
pada 06hb Januari pukul 11.00 pagi ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
bang Hasyuda..salam perjuangan..terharu hamba..ternyata saudara begitu tertib dan tertil mengatur butir-butir bicara....nun jauh dari sudut hati
pada 06hb Januari pukul 11.02 pagi ·
Hasyuda Abadi
Hasyuda Abadi
tatkala berjuang menemukan pangkat khusyu' kita akan ditemukan keajaiban yang dengan tidak sengaja bergabung dalam makna yang terungkap, diksi indah juga meleburkan wujud... menikmati keindahan maha indah... subhanallah...
pada 06hb Januari pukul 11.07 pagi ·
Ogy Daud
Ogy Daud
tahniah aunty.... bez puisi ya....
pada 06hb Januari pukul 11.53 pagi ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
terima kasih ogy..anty berdakwah melalui karya..mengingati kekerdilan diri di samping mengongsi ilmu kepada sesama saudara, kamum kerabat dan seagama Islam...
pada 06hb Januari pukul 12.32 ptg ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
bang Hasyuda...saya berusaha....untuk menjadi baik...lebih baik...dan bertambah baik...cuba mentafsir makna di sebalik segala ciptaanNya...betapa Allah Maha Berkehendak...mengizinkan kita melaksanakan ketentuanNya yang hanya Dia Yang Maha Mengetahui..kita hanya menjalani kehidupan sejajar dengan kehendakNya....
pada 06hb Januari pukul 12.37 ptg ·
Azeman Jarani
Azeman Jarani
Maslina, Maswadi rakan anda suruh saya sampaikan salam.
pada 06hb Januari pukul 12.54 ptg ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
Azeman Jarani...salam juga buat Maswady....minta dia buat facebook sendiri..hehehe...selamat berlayar....terima kasih..salam diterima./..
pada 06hb Januari pukul 12.55 ptg ·
Azeman Jarani
Azeman Jarani
Ya, nanti sy sampaikan dengan dia. Maslina kat mana sekarang? Ada karya terbaharu?
pada 06hb Januari pukul 1.00 ptg ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
Saya masih di Kolej Komuniti Kuching...Azeman ni bekas staf POLIKU ke?...kak lupa lah...maaf ye...karya terbaru ada...dan sentiasa ada dengan izinNya...insyaAllah...
pada 06hb Januari pukul 1.09 ptg ·
Azeman Jarani
Azeman Jarani
Saya di Sekolah Seni Malaysia
pada 06hb Januari pukul 1.14 ptg ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
sekolah seni Johor ke Santubong....yg masih menumpang di TAHO...
pada 06hb Januari pukul 1.15 ptg ·
Awang Baki Ab
Awang Baki Ab
Seperti biasa..puisi ktk nang 2 thumbs up!
pada 06hb Januari pukul 2.30 ptg ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
terima kasih awang baki...mari kita sama2 belajar dan saling mengingati..itu saja dakwah yang bisa kita sampaikan dalam era globalisasi ini....
pada 06hb Januari pukul 3.50 ptg ·
Alia Alyia
Alia Alyia
teruskan.....pasti suatu hari klk ktk kan dapat apa yang ktk inginkan dlm dunia puisi......insaallah.....amin...
pada 06hb Januari pukul 10.15 ptg ·
Azeman Jarani
Azeman Jarani
Jangan mudah berputus asa bila berkarya. Tuntutlah ilmu daripada mereka yang berpengalaman. Menulis adalah resah yang bahagia bagi mereka yang benar2 memahaminya.
pada 06hb Januari pukul 10.40 ptg ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
terima kasih alia....terima kasih azeman....insyaAllah atas nasihat dan dorongan serta doa kalian saya akan berjaya....amin...

Terima kasih

terbit di facebook bertarikh


Terima kasih
hanya itu ucapan
yang datang dari serelung nurani suci
atas pertolongan
dengan perlindungan
atas pemberian
dengan ma'unah
atas peliharaan
dan kemudahan
yang bersumber dariNya.

terima kasih
bair berpurnama cuma
kami menghirup sejuk kasihmu
mencicip dingin air tanganmu
mengalir dalam pembuluh darah
menjadi isi dan daging
mohon bersih puncanya
untuk keberkatan kami
demi keredhaan Illahi.

terima kasih
kami titipkan
buat keletihan
dan keluhan
tampak dari raut wajahmu
kerana berbakti kepada kami.

terima kasih
sesama hamba
terima kasih
syukran
ya Tuhan!

kerana cobaan
adalah kejadian
sebelum kami
menjadi baik
sebaik hambaMu
sebalik makhlukMu
yang hidup menumpang
sebelum pulang
ke negeri abadi.

sebuah puisi Armiza Nila
30 Dis 2009
Semariang Batu - Tugu Panahan Cinta

Dikemaskini lebih kurang 2 minggu yang lalu · ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
jangan bersedih dengan setiap dugaan hidup yang datang dari Allah...mari kita panjatkan kesyukuran kerana Dia selalu membuka hijab kepada kita untuk memikirkannya....
pada 30hb Disember 2009 pukul 10.05 pagi ·
Fyfy Zaza Ellison
Fyfy Zaza Ellison
Terima kasih kak mas..Tiada dugaan tiada kehidupan serta kejayaan
pada 30hb Disember 2009 pukul 10.08 pagi ·
Pharo Abdul Hakim
Pharo Abdul Hakim
Ya benar, segala puji dan terima kasih kita buat Allah jua
pada 30hb Disember 2009 pukul 11.56 pagi ·
Noralia Binti Harun
Noralia Binti Harun
Kak....sayu hati mek ......cukup puitis n bermakna.
pada 30hb Disember 2009 pukul 12.57 ptg ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
fyza, sama-sama..teruskan usaha anda utk berkarya...
pada 30hb Disember 2009 pukul 1.17 ptg ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
salam bang Pharo, terima aksih kerana selalu membantu adinda..
pada 30hb Disember 2009 pukul 1.18 ptg ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
Noralia, setiap kebaikan pasti ada balasan tetapi usahlah kita memikirkan balasan setelah menghulurkan bantuan kerana hanya sanya Allah yang layak kita ucapkan syukran...syukran...syukran.....terima kasih sahabat...
pada 30hb Disember 2009 pukul 1.19 ptg ·

Bahasa Apa Lagi Duhai Lelaki

terbit di facebook maslina mahbu bertarikh 14.1.2010

Bahasa apa lagi
duhai lelaki
yang kau ingini
dari seorang wanita
yang menerimamu seadanya.


terlintaskah di fikiranmu
saat keperihan seorang isteri
dan ibu kepada zuriatmu
menanggung beban
yang tak pernah disungutinya.

tak pernah ia minta
segunung emas permata
mahligai indah bak Taj Mahal
untuk dihadiahi dalam inginnya.

ia minta
kasih sayang
ia mohon kelembutan
bukan kekasaran
bahasa tubuh
maupun gerak fizikal
kerana
tak mampu ia menghalang
kegagahan yang kau pamerkan.

bahasa apa lagi
duhai lelaki
memuas seratus peratus
kehendakmu.

sudah-sudahlah
sebelum
doa-doa termakbul
terangkat ke langit ke tujuh
dan ketika engkau sedar
tak bisa lagi manis mulut bicara.

dengarlah duhai lelaki
dengarlah dengan matahati
fikirlah dengan waras
taklik yang telah engkau akadkan
tatkala engkau ingin memiliki.

Armiza Nila
14.01.2010
Jalan Sultan Tengah
Dikemaskini pada Rabu · ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
salam bang dahiri..terima kasih atas komen yang memberangsangkan...
Hari ini pada pukul 11.27 pagi ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
salam bang hasyuda...kita tidak bisa menolak takdir..kita hanya bisa mengelak tragedi dan menyirnakannya dari kehidupan kita dengan tangkisan doa..doa..doa..kepadaNya bagi mereka yang tidak berupaya dari segi fizikal....hanya Allah Yang Tahu...betul...berkarya dapat menyembuhkan segala derita......terima kasih atas doa abang....
Hari ini pada pukul 11.29 pagi ·
Fyfy Zaza Ellison
Fyfy Zaza Ellison
mek suka kak..saling mengingati...:)
Hari ini pada pukul 11.29 pagi ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
betul fyza...kalau nak kahwin nanti...baik-baik pilih bakal suami...ok...kita wanita ada hak yang kita tidak tahu mahupun sedar...
Hari ini pada pukul 11.38 pagi ·
Norzihan Abdullah
Norzihan Abdullah
best nya mas...thanks
Hari ini pada pukul 1.35 ptg ·
Abdillah SM
Abdillah SM
salam. teruskan usaha ini. jangan fikirkan apa-apa halangan. tiap kita bergiat menambah dapatan ilmu dan maklumat memperkasa tiap ujaran. puisi hilang nilai tanpa ilmu. sejahtera anda.
Hari ini pada pukul 1.50 ptg ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
salam han, sama-sama...kak mas tauk ktk pun boleh tulis puisi..maaf kmk gago gilak lom sempat berik komen dalam blog kitak...teruskan menulis ok
Hari ini pada pukul 2.19 ptg ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
salam bang dil, terima kasih...miza tengah menuntut ilmu keagamaan..untuk mencuba temanya pula dalam karya saya, jika ada kekurangan...bantulah dan nasihatilah adinda...
Hari ini pada pukul 2.20 ptg ·
Rosani Hiplee
Rosani Hiplee
salam. puisi bisik wanita yang menggugah ke "telinga" lelaki yang telah "menaklikkan dirinya". Sukses ya Mas. cuma baris, dengarlah dengan matahati, boleh sik beri sentuhan lagik....
Hari ini pada pukul 3.41 ptg ·
Maslina Mahbu
Maslina Mahbu
SALAM. terima kasih saudara Rosani.....insyaAllah...kelak kmk atur dan beri sentuhan gik...saya budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan...hehehe
Hari ini pada pukul 4.13 ptg ·