Thursday 26 August 2010

Percakapan Sia-sia

Sia-sia meluah segala kesat
ke dada sang pencinta kedamaian

segala kebaikan tak pernah dirujuk
hujung pangkal
saling menyalahi
tak ingin mengakui kesilapan diri

asyik mengungkit kisah silam
yang begitu membingitkan
percakapan sia-sia
mencalar luka lama

usah lagi bertengkar
kerana kuserah segala
pada Yang Maha Adil
mengadili setiap kasih sayang
dan pengorbanan
dari suci hati setiap insan.

Maslina Mahbu
Hari Nuzul Al-Quran
17 Ramadhan 1431H