Monday, 30 March 2009

Kecamuk Jiwa








tekanan demi kecaman

bertunda-tunda

menembus dada

laksana peluru syaitan

yang tak kenal mangsa.



O dadaku sesak

menahan nafas sendat

cercaan yang tiada pangkal

tiada penghujung

apatah jauh dari kebenaran.



menyimpang ia dari realiti

selamatkan sekujur diri

tak pernah ia pandang sipi

pada marhaen

yang terkapai-kapai

dilambung ombak hidup.



jiwa yang kecamuk

oleh duga

oleh uji

syaitan yang bersarung insan

bertahanlah

dengan keimanan

bertafakurlah

dengan keinsafan.



akan ada pembalasan setimpal

meragut seluruh

kepunyaan

kerana

orang yang dizalimi

terangkat doa

di langit ke tujuh.



pasti

penghinaan

akan menyarung

sepanjang hayat

para penzalim.



Armiza Nila

Jalan Sultan Tengah

31 Mac 2009

No comments:

Post a Comment