Monday, 17 August 2009

Kejujuran kesalahan kemaafan

apa lagi diminta
selain kejujuran
namun
setiap kali kejujuran diperkatakan
kesalahan pun ditimbulkan

mampukah memaafkan kesalahan
yang nyata menyakiti
nurani yang menagihi kejujuran

memberi kemaafan
bukan perkara enteng
jika niat tidak suci
usah diharap datangnya sendiri

kerap kali kesalahan dilaku
tiap kali kemaafan dihadiahi

bersih jiwa
kerana hati pun lega
lesap segala dendam
melayang kesumat
lari bertempiaran benci

kemaafan
kesucian.

Sebuah puisi Armiza Nila
Semariang Batu
18 Ogos 2009

2 comments:

  1. Salam Armiza,

    "kemaafan - pokok diri yang kukuh berdiri".

    ReplyDelete
  2. Salam sdra Zulkifli Mohamed,

    terima kasih atas kunjungan

    ya benar, hanya hati yang suci bisa memaafkan.

    sedangkan Nabi ampunkan ummatnya..inikan pula kita manusia biasa

    ReplyDelete