Tuesday 24 March 2009

Upah






aku hirup sari madu

menyusup ke ulu hati

upah

dari jerih perih

sepurnama setia

tetap waktu.



tak pernah terlewat

walau sesaat

tunai janji

beratur si penunggu

rela demi sesuap rezeki.



O buruh si perkasa

kau terima upah

sesempurna

titik peluhmu

kau curah

peroleh nikmat

setimbal usaha

atau sebaliknya.



jangan bermain

di balik tabir

berselindung di celah topeng

menyarung jubah hipokrit

mengisi tembolok sendiri.



anugerah kekasih

usah kau persia

digadai pajak hidup kita

sekali mahu

diambil-Nya

tanpa ampun

tiada sedar kita.



Armiza Nila

Jalan Sultan Tengah

25.03.2009

2 comments:

  1. chantekk puisi nih.. thanx, keep it up

    ReplyDelete
  2. salam buat yginsaf.com

    terima kasih atas komen, insyaAllah...mari kita berkongsi ilmu dan pengalaman. komen anda amat bermakna buat saya yang kerdil ini

    ReplyDelete