Terima kasih
hanya itu ucapan
yang datang dari serelung nurani suci
atas pertolongan
dengan perlindungan
atas pemberian
dengan ma'unah
atas peliharaan
dan kemudahan
yang bersumber dariNya.
terima kasih
bair berpurnama cuma
kami menghirup sejuk kasihmu
mencicip dingin air tanganmu
mengalir dalam pembuluh darah
menjadi isi dan daging
mohon bersih puncanya
untuk keberkatan kami
demi keredhaan Illahi.
terima kasih
kami titipkan
buat keletihan
dan keluhan
tampak dari raut wajahmu
kerana berbakti kepada kami.
terima kasih
sesama hamba
terima kasih
syukran
ya Tuhan!
kerana cobaan
adalah kejadian
sebelum kami
menjadi baik
sebaik hambaMu
sebalik makhlukMu
yang hidup menumpang
sebelum pulang
ke negeri abadi.
sebuah puisi Armiza Nila
30 Dis 2009
Semariang Batu - Tugu Panahan Cinta
Maslina Mahbu
jangan bersedih dengan setiap dugaan hidup yang datang dari Allah...mari kita panjatkan kesyukuran kerana Dia selalu membuka hijab kepada kita untuk memikirkannya....
pada 30hb Disember 2009 pukul 10.05 pagi ·
Fyfy Zaza Ellison
Terima kasih kak mas..Tiada dugaan tiada kehidupan serta kejayaan
pada 30hb Disember 2009 pukul 10.08 pagi ·
Pharo Abdul Hakim
Ya benar, segala puji dan terima kasih kita buat Allah jua
pada 30hb Disember 2009 pukul 11.56 pagi ·
Noralia Binti Harun
Kak....sayu hati mek ......cukup puitis n bermakna.
pada 30hb Disember 2009 pukul 12.57 ptg ·
Maslina Mahbu
fyza, sama-sama..teruskan usaha anda utk berkarya...
pada 30hb Disember 2009 pukul 1.17 ptg ·
Maslina Mahbu
salam bang Pharo, terima aksih kerana selalu membantu adinda..
pada 30hb Disember 2009 pukul 1.18 ptg ·
Maslina Mahbu
Noralia, setiap kebaikan pasti ada balasan tetapi usahlah kita memikirkan balasan setelah menghulurkan bantuan kerana hanya sanya Allah yang layak kita ucapkan syukran...syukran...syukran.....terima kasih sahabat...
pada 30hb Disember 2009 pukul 1.19 ptg ·
No comments:
Post a Comment