Bahasa apa lagi
duhai lelaki
yang kau ingini
dari seorang wanita
yang menerimamu seadanya.
terlintaskah di fikiranmu
saat keperihan seorang isteri
dan ibu kepada zuriatmu
menanggung beban
yang tak pernah disungutinya.
tak pernah ia minta
segunung emas permata
mahligai indah bak Taj Mahal
untuk dihadiahi dalam inginnya.
ia minta
kasih sayang
ia mohon kelembutan
bukan kekasaran
bahasa tubuh
maupun gerak fizikal
kerana
tak mampu ia menghalang
kegagahan yang kau pamerkan.
bahasa apa lagi
duhai lelaki
memuas seratus peratus
kehendakmu.
sudah-sudahlah
sebelum
doa-doa termakbul
terangkat ke langit ke tujuh
dan ketika engkau sedar
tak bisa lagi manis mulut bicara.
dengarlah duhai lelaki
dengarlah dengan matahati
fikirlah dengan waras
taklik yang telah engkau akadkan
tatkala engkau ingin memiliki.
Armiza Nila
14.01.2010
Jalan Sultan Tengah
duhai lelaki
yang kau ingini
dari seorang wanita
yang menerimamu seadanya.
terlintaskah di fikiranmu
saat keperihan seorang isteri
dan ibu kepada zuriatmu
menanggung beban
yang tak pernah disungutinya.
tak pernah ia minta
segunung emas permata
mahligai indah bak Taj Mahal
untuk dihadiahi dalam inginnya.
ia minta
kasih sayang
ia mohon kelembutan
bukan kekasaran
bahasa tubuh
maupun gerak fizikal
kerana
tak mampu ia menghalang
kegagahan yang kau pamerkan.
bahasa apa lagi
duhai lelaki
memuas seratus peratus
kehendakmu.
sudah-sudahlah
sebelum
doa-doa termakbul
terangkat ke langit ke tujuh
dan ketika engkau sedar
tak bisa lagi manis mulut bicara.
dengarlah duhai lelaki
dengarlah dengan matahati
fikirlah dengan waras
taklik yang telah engkau akadkan
tatkala engkau ingin memiliki.
Armiza Nila
14.01.2010
Jalan Sultan Tengah
Maslina Mahbu
salam bang dahiri..terima kasih atas komen yang memberangsangkan...
Hari ini pada pukul 11.27 pagi ·
Maslina Mahbu
salam bang hasyuda...kita tidak bisa menolak takdir..kita hanya bisa mengelak tragedi dan menyirnakannya dari kehidupan kita dengan tangkisan doa..doa..doa..kepadaNya bagi mereka yang tidak berupaya dari segi fizikal....hanya Allah Yang Tahu...betul...berkarya dapat menyembuhkan segala derita......terima kasih atas doa abang....
Hari ini pada pukul 11.29 pagi ·
Fyfy Zaza Ellison
mek suka kak..saling mengingati...:)
Hari ini pada pukul 11.29 pagi ·
Maslina Mahbu
betul fyza...kalau nak kahwin nanti...baik-baik pilih bakal suami...ok...kita wanita ada hak yang kita tidak tahu mahupun sedar...
Hari ini pada pukul 11.38 pagi ·
Norzihan Abdullah
best nya mas...thanks
Hari ini pada pukul 1.35 ptg ·
Abdillah SM
salam. teruskan usaha ini. jangan fikirkan apa-apa halangan. tiap kita bergiat menambah dapatan ilmu dan maklumat memperkasa tiap ujaran. puisi hilang nilai tanpa ilmu. sejahtera anda.
Hari ini pada pukul 1.50 ptg ·
Maslina Mahbu
salam han, sama-sama...kak mas tauk ktk pun boleh tulis puisi..maaf kmk gago gilak lom sempat berik komen dalam blog kitak...teruskan menulis ok
Hari ini pada pukul 2.19 ptg ·
Maslina Mahbu
salam bang dil, terima kasih...miza tengah menuntut ilmu keagamaan..untuk mencuba temanya pula dalam karya saya, jika ada kekurangan...bantulah dan nasihatilah adinda...
Hari ini pada pukul 2.20 ptg ·
Rosani Hiplee
salam. puisi bisik wanita yang menggugah ke "telinga" lelaki yang telah "menaklikkan dirinya". Sukses ya Mas. cuma baris, dengarlah dengan matahati, boleh sik beri sentuhan lagik....
Hari ini pada pukul 3.41 ptg ·
Maslina Mahbu
SALAM. terima kasih saudara Rosani.....insyaAllah...kelak kmk atur dan beri sentuhan gik...saya budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan...hehehe
Hari ini pada pukul 4.13 ptg ·
No comments:
Post a Comment